KEUTAMAAN PENGHAFAL
QURAN (HAFIDZ)
|
Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal
al Quran seperti yang digambarkan di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Dari Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari
manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya:
"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu
ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan
isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi
Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Dari Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w,
baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan,
"Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil
seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal
mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Dari Anas ra. Bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah
orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI
MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w "Dari Abu Musa Al
Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara
perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua,
menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam
mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta
menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" Dari Abdullah Bin Mas'ud ra. Dari nabi s.a.w.
baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa
hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang
memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka
hendaklah ia bergembira."
6.HAFIDZ LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"Dari Ibnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau
bersabda; "yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang
paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w
menyatukan dua orang dari orang-orang yang gugur dalam perang uhud
dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua
siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada orang yang dapat
menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu
terlebih dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia
berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan
memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh
anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk
neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Abu Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda
bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan
datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian
yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan.
Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu
di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan,
redailah dia." Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan
naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu
kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w.
bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan
membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu
Al Quran.
11.ORANG TUA
MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QUR'AN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya
ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al
Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al
Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah
anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya tidak mengenal kamu."
Al Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan
di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari.
Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya
dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran
tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan
kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang
tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar
oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya:
"kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab,
"kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan,
"bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya."
Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau
perlahan (tartil)
12.AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Aisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah
ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al
Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi
sesudah itu.
Sumber : Google
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar